Pada malam 2 Jun 2003, seorang suri rumah dari Phoenix, Amerika Syarikat
(AS), bermimpi seorang remaja wanita berdiri sambil berbual dengan
seorang lelaki kacak di sebuah padang rumput di bawah terik matahari.
Kulit lelaki itu berkilat dan memancar seperti permata di bawah sinaran
mentari. Lelaki itu sebenarnya puntianak dan yang pasti, mereka hangat
dilamun cinta. Sang lelaki berulang kali memberitahu si kekasih hati
sukar untuknya menge lakkan godaan membunuh dan menghisap darah wanita
itu.
Mimpi aneh itu akhirnya mengubah hidup Stephenie Meyer, suri rumah yang
hidupnya hanya berlingkar di sekitar rumah bersama suami, Christian dan
tiga anak lelaki yang masih kecil - Gabe, Seth dan Eli.
Siangnya dipenuhi aktiviti bersama keluarga sementara di sebelah malam,
selepas suami dan anaknya tidur, Stephenie menghabiskan masa berjam-jam
menulis serta mengolah kisah cinta antara manusia dan puntianak.
Dia tidak pernah menulis puisi atau cerpen sebelum ini. Baginya, perkara
paling kreatif pernah dilakukan sebelum itu ialah mengumpul foto
keluarga untuk koleksi peribadi dan sesekali menjahit pakaian beragam
Halloween untuk anak-anaknya.
Bidang kesusasteraan bukanlah minatnya dan Stephenie pernah menimbang
untuk melanjutkan pelajaran ke uni versiti dalam jurusan undang-undang.
Fikirannya berubah selepas melahirkan anak pertama, Gabe.
“Sejak melahirkan Gabe, saya hanya mahu menjadi ibunya dan tiada perkara
lain yang saya percaya dapat lakukan dengan baik kecuali menjadi
ibunya,” katanya.
Namun, mimpi itu terlalu nyata dan tidak mampu dilupakan hingga dia
berasakan perlu menulisnya. Selama beberapa malam tidurnya diganggu
dengan susulan mimpi itu lalu segera diterjemahkannya ke atas kertas.
“Walaupun banyak urusan lain yang perlu saya lakukan, saya tidak
berganjak dari katil dan asyik memikirkan mimpi itu. Saya paksa diri
untuk bangun dan selesaikan urusan di rumah. Selepas semuanya selesai,
pada sebelah malam, saya terus ke komputer dan menulis beberapa nota
kecil di kertas. Saya hairan mengapa saya terlalu memikirkannya,”
katanya.
Dalam tempoh tiga bulan, mimpinya itu menyaksikan transformasi dramatik
hingga lengkap menjadi sebuah novel cinta yang kini diraikan seluruh
dunia - Twilight.
Stephenie bagaimanapun berdepan kritikan dan penolakan daripada beberapa
syarikat penerbitan yang meragui hasil kerjanya. Daripada 15 surat dan
manuskrip yang dihantarnya, lima tidak dibalas, sembilan menolak dan
akhirnya dia menerima khabar positif daripada Jodi Reamer daripada
syarikat Writers House.
Lapan penerbit kemudian berebut mendapatkan hak untuk mencetak Twilight
hingga terpaksa diadakan acara lelong pada 2003. Syarikat penerbitan
mula memberi perhatian kepadanya dan pada hujung November tahun yang
sama, Stephenie menandatangani kontrak bernilai AS$750,000 (RM2.5 juta)
untuk tiga novel bersama Little, Brown and Company.
“Asalnya saya cuma harapkan AS$10,000 (RM33,870) untuk langsaikan hutang kereta dan membantu suami,” katanya.
Twilight sudah menjangkaui usia lebih enam tahun dan suri rumah berusia
35 tahun itu kini antara penulis yang meraih jualan buku tertinggi dalam
senarai New York Times. No velnya dipasarkan ke 37 negara dan Stephenie
mula dilabel sebagai pengganti JK Rowling, penulis siri kanak-kanak
popular dunia, Harry Potter.
Kala novel ketiga dalam saga Twilight, Eclipse, muncul di pasaran pada
musim panas 2007, ia berjaya mengetepikan siri Harry Potter and the
Deathly Hallows, yang turut dipasarkan pada masa sama dengan kedudukan
pertama dari segi jualan keseluruhan.
Dengan empat novel nukilannya dalam saga puntianak itu - Twilight, New
Moon, Eclipse dan Breaking Dawn - Stephenie kini meraih pendapatan
melebihi AS$50 juta (RM169.3 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu dengan
jualan melebihi 70 juta naskhah.
“Saya tidak menganggap diri sebagai penulis. Saya lebih berasakan seperti seseorang yang suka bercerita.
“Ayat saya tidak selalunya sempurna. Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak yang perlu dipelajari,” katanya.
Berbanding pencapaian luar biasanya, Stephenie sebenarnya menjalani
kehidupan normal. Dia dilahirkan di Connecticut kepada pasangan Stephen
dan Candy Morgan. Dia dibesarkan di Phoenix bersama lima beradik iaitu
Seth, Emily, Jacob, Paul dan Heidi.
Ketika menuntut di Universiti Brigham Young, Stephenie bertemu suaminya
dan mereka berkahwin ketika usianya 21 tahun. Sejak itu, mereka menetap
di Cave Creek, di luar Phoenix sebelum berpindah ke Arizona. Suaminya
kini berhenti kerja sebagai akauntan dan lebih selesa membantu isterinya
menguruskan anak.
Lewat Ogos lalu, akhbar USA Today melaporkan bekas penyambut tetamu di
sebuah syarikat hartanah itu berjaya mengatasi rekod jualan terbaik yang
sebelum itu dikuasai JK Rowling.
Semua novelnya dalam saga Twilight itu berada di ke dudukan teratas di
AS selama 52 minggu dan 102 minggu dalam senarai jualan terbaik New York
Times.
Sambutan luar biasa itu nyata menarik minat beberapa syarikat produksi
filem hingga Summit Entertainment ak hirnya berjaya mendapatkan hak
cipta Twilight yang se terusnya filem berdasarkan novel itu ditayangkan
di seluruh dunia, 21 November tahun lalu.
Pengarah filem indie, Catherine Hardwicke diberi ke percayaan mengemudi
filem itu yang menampilkan bintang muda, Kristen Stewart sebagai Bella
Swan dan watak pun tianak kacak, Edward Cullen, itu dibawa pelakon indie
Britain, Robert Pattinson.
Stephenie diberi peluang mencorakkan jalan cerita filem itu bersama
penulis lakon layar, Melissa Rosenberg. Malah dia diberi peluang tampil
selaku cameo dalam satu babak di restoran.
Sama seperti novel, filem itu mencipta fenomena baru di AS hingga
merebak ke seluruh dunia. Pattinson mula meraih populariti luar biasa
hinggakan syarikat produksi Revolver Entertainment menerbitkan
dokumentari bertajuk Rob sessed, menceritakan kehidupan pelakon berusia
23 tahun itu yang dipasarkan dalam bentuk cakera video digital (DVD)
pada 10 November lalu.
Novel kedua Stephenie, New Moon, turut diolah ke layar perak. Diarahkan
Chris Weitz, New Moon dijadualkan ke panggung pada 20 November ini.
Your blog inspiring me. Especially this article. I love it! ^^
BalasHapus